Salam Perkongsian Ilmu Bahasa

Laman ini adalah berkaitan subjek BMM 3105 Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Berpandukan Komputer...

Monday 5 March 2012

Etika Penggunaan Internet

PENGENALAN
Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah membolehkan maklumatdihantar dan diterima dengan pantas. Kemudahan ini telah membawa kepada peningkatan penggunaan internet dan mel elektronik atau e-mel dalam sektor awam. Hakikat ini turutdipengaruhi oleh bilangan pengguna dan kepentingan maklumat yang kian meningkat darisemasa ke semasa.Komunikasi secara elektronik juga dilihat sebagai salah satu saluran penting dalammembantu mewujudkan perkongsian maklumat. Tambahan pula, kaedah inimembolehkan proses penghantaran dan penerimaan sesuatu maklumat dilaksanakandengan lebih cepat dan mudah. Bagaimanapun, pengurusan internet dan e-mel yang tidakterkawal boleh menjejaskan keselamatan maklumat. Justeru, perlindungan keselamatanyang bijaksana perlu diwujud dan disesuaikan bagi menjamin kesahihan, keutuhan dankebolehsediaan maklumat yang berterusan.
TUJUAN
Tujuan utama garis panduan ini ialah untuk menerangkan tatacara penggunaan internet dan e-mel, meningkatkan tahap keselamatan sistem komunikasi dokumen rasmi Kerajaan dan mengurangkan risiko gangguan operasi internet dan e-mel.
  
TATACARA PENGGUNAAN INTERNET
(a) Hak Akses Pengguna
Hak akses hendaklah dilihat sebagai satu kemudahan yang disediakan oleh JPN untuk membantu melicinkan pentadbiran atau memperbaiki perkhidmatan yang disediakan. Pengguna harus mengambil maklum bahawa semua aset ICT di bawah kawalannya (termasuk maklumat) adalah hak milik Kerajaan.
(b) Privasi Pengguna
Setiap pengguna hendaklah menghormati privasi pengguna lain dengan tidak menimbulkan sebarang gangguan seperti mencapai fail, memecah kata laluan, memasuki sistem komputer dan mengubah komponen perisian tanpa kebenaran.
(c) Mengenal pasti Identiti Pengguna
Setiap pengguna perlu mengenal pasti dan mengesahkan identiti pengguna yang berkomunikasi dengannya sebelum meneruskan komunikasi dan transaksi maklumat melalui Internet. Ini bertujuan untuk melindungi maklumat Kerajaan daripada sebarang bentuk penyalahgunaan.
(d) Memilih Laman
Laman yang dilayari hendaklah hanya yang berkaitan dengan bidang kerja dan terhad untuk tujuan yang dibenarkan sahaja.
(e) Pengesahan Maklumat
Bahan yang diperolehi dari internet perlulah ditentukan ketepatan dan kesahihannya. Sebagai amalan baik, rujukan sumber internet hendaklah juga dinyatakan.
(f) Muat Naik Bahan (Upload)
Bahan rasmi yang hendak dimuat naik ke internet hendaklah disemak dan mendapat pengesahan daripada Ketua Jabatan sebelum dimuat naik.
(g) Muat Turun Bahan (Download)
Tindakan memuat turun hanya dibenarkan ke atas bahan yang sah seperti perisian yang berdaftar dan di bawah hak cipta terpelihara. Sebarang bahan yang dimuat turun dari internet hendaklah digunakan untuk tujuan yang dibenarkan oleh jabatan sahaja.
(h) Perbincangan Awam
Hanya kakitangan JPN yang mendapat kebenaran sahaja boleh melibatkan diri dan menggunakan kemudahan ini. Kandungan perbincangan awam seperti newsgroup dan bulletin board mestilah mendapat pengesahan daripada Ketua Jabatan. Perlu diingat bahawa setiap maklumat yang dikongsi melambangkan imej Jabatan. Dengan sebab itu, setiap pengguna mestilah bertindak dengan bijaksana, jelas dan berupaya mengekalkan konsistensi dan keutuhan maklumat berkenaan.
Kakitangan JPN adalah dilarang daripada melakukan sebarang aktiviti yang melanggar tatacara penggunaan internet seperti:
(a) Merosak dan mengancam keselamatan dengan menggunakan hak akses
pengguna lain untuk mencapai sistem komputer, mendapatkan maklumat dan
mengubah komponen sistem tanpa kebenaran;
(b) memuat naik, memuat turun, menyimpan dan menggunakan perisian tidak berlesen;
(c) menyedia dan menghantar maklumat berulang-ulang berupa gangguan;
(d) menyedia, memuat naik, memuat turun, menyimpan dan menyebar material,teks ucapan, imej atau bahan-bahan yang mengandungi unsur-unsur lucah,ganas dan berbaur perkauman;
(e) menyedia, memuat naik, memuat turun, menyimpan dan menyebar maklumat internet yang melibatkan sebarang pernyataan fitnah atau hasutan yang boleh memburuk dan menjatuhkan imej Kerajaan;
(f) menyalahgunakan kemudahan perbincangan awam atas talian seperti:
  1. memuat naik, memuat turun, menyimpan dan menyebar gambar atau teksyang bercorak penentangan yang boleh membawa keadaan huru-hara danmenakutkan pengguna internet yang lain;
  2. memuat turun, menyimpan, menyebar dan menggunakan perisian berbentuk hiburan atas talian seperti permainan elektronik, video dan lagu;
  3. menggunakan kemudahan chatting melalui internet;
  4. menjalankan aktiviti-aktiviti komersial dan politik;
  5. melakukan aktiviti jenayah seperti menyebarkan bahan yang membabitkanperjudian, senjata dan aktiviti pengganas;
  6. memuat naik, memuat turun, menghantar dan menyimpan kad elektronik,video, lagu dan kepilan fail melebihi saiz 2 megabait yang boleh mengakibatkankelembapan perkhidmatan dan operasi sistem rangkaian komputer;
  7. menggunakan kemudahan modem atau broadband untuk membuat capaianterus ke internet tanpa kelulusan Ketua Jabatan; dan
  8. mengubah konfigurasi komputer seperti menukar IP atau segmen-segmenrangkaian (VLAN) tanpa kelulusan Ketua Jabatan yang bertujuan untukmendapatkan capaian internet.